PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

16 February 2012

KAD UCAPAN YANG TAK TERUCAP

 Selamat hari Khamis sem0!
Rasanya hari Khamis minggu lepas macam baru semalam je.. Dah jumpa hari Khamis seterusnya.. Hurmm.. Hari UNIFEST di USM Kubang Kerian dah tak lama lagi.. Tapi barang untuk jualan 1 apa pun tak siap lagi.. Huhuhu.. Ada sape-sape volunteer nak tolong ke??? Hehehe.. Sem0 pun dijemput hadir untuk memeriahkan UNIFEST di USM Kubang Kerian pada 9 & 10 Mac 2012.. Macam-macam acara dianjurkan oleh pihak USM.. SUS ni hanya tumpang menyibuk setapak untuk mencari rezeki yang halal..

 Dalam ke'busy'an yang amat SUS masih sempat melayankan diri buat kad ucapan.. Tapi sekeping kad ada la dalam seminggu nak siap.. Sebab buat sambung sikit-sikit time ada kelapangan sebelum tido kalau tak tertido awal.. Hahaha.. SUS memang tido awal.. Tak boleh la nak berjaga macam orang lain..

 Kad yang ni SUS guna lebihan felt je..

Macam pelik pulak rasanya pokok ni.. Tapi tetap comey walaupun orang lain kata tak comey! Sendiri buat sendiri puji la.. Kalau nak tunggu orang puji cam lambat jerrkk.. Keh.. Keh.. Keh.. Kad pokok ni dah selamat dipos kepada En. Abang SUS.. Dah 2 minggu SUS tak hantar kad kepada beliau.. Beliau telah bertanya mana kad dia??? Hik.. Hik.. Hik..


 Kad yang ni takde guna felt.. Kertas semata-mata.. Hahaha..

 Sayang sebenonya nak bagi kat orang kad-kad ni sem0 walaupun kepada En. Abang SUS sendiri.. Rasanya SUS akan jual kot kalau dah terbanyak nanti.. Hahahahaha..

 Rama-rama yang akan dijual di UNIFEST nanti.. SUS & INA nak jadikan headband je.. Rama-rama ni guna felt keras.. Nak hasil handmade kitorang pada harga yang murah dan design yang meriah.. Jom! Ramai-ramai serbu tapak gerai kitorang.. YEAY!!

Sewaktu post ni ditulis.. INA sedang sibuk menggam corak rama-rama ni.. Stock pearl tak sampai lagi.. Jadi, tak dapat la SUS siapkan headband rama-rama ni hari ni.. SUS akan teruskan dengan planning untuk buat brooch pula.. Nak tau brooch macam mana yang SUS nak hasilkan?? Tunggu post akan datang k.. SUS akan update jugak di fan page aktiviti semasa kitorang.. Jangan lupa 'LIKE' ok!!!


SUPPLIES :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...