PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

16 February 2012

KAD UCAPAN YANG TAK TERUCAP

 Selamat hari Khamis sem0!
Rasanya hari Khamis minggu lepas macam baru semalam je.. Dah jumpa hari Khamis seterusnya.. Hurmm.. Hari UNIFEST di USM Kubang Kerian dah tak lama lagi.. Tapi barang untuk jualan 1 apa pun tak siap lagi.. Huhuhu.. Ada sape-sape volunteer nak tolong ke??? Hehehe.. Sem0 pun dijemput hadir untuk memeriahkan UNIFEST di USM Kubang Kerian pada 9 & 10 Mac 2012.. Macam-macam acara dianjurkan oleh pihak USM.. SUS ni hanya tumpang menyibuk setapak untuk mencari rezeki yang halal..

 Dalam ke'busy'an yang amat SUS masih sempat melayankan diri buat kad ucapan.. Tapi sekeping kad ada la dalam seminggu nak siap.. Sebab buat sambung sikit-sikit time ada kelapangan sebelum tido kalau tak tertido awal.. Hahaha.. SUS memang tido awal.. Tak boleh la nak berjaga macam orang lain..

 Kad yang ni SUS guna lebihan felt je..

Macam pelik pulak rasanya pokok ni.. Tapi tetap comey walaupun orang lain kata tak comey! Sendiri buat sendiri puji la.. Kalau nak tunggu orang puji cam lambat jerrkk.. Keh.. Keh.. Keh.. Kad pokok ni dah selamat dipos kepada En. Abang SUS.. Dah 2 minggu SUS tak hantar kad kepada beliau.. Beliau telah bertanya mana kad dia??? Hik.. Hik.. Hik..


 Kad yang ni takde guna felt.. Kertas semata-mata.. Hahaha..

 Sayang sebenonya nak bagi kat orang kad-kad ni sem0 walaupun kepada En. Abang SUS sendiri.. Rasanya SUS akan jual kot kalau dah terbanyak nanti.. Hahahahaha..

 Rama-rama yang akan dijual di UNIFEST nanti.. SUS & INA nak jadikan headband je.. Rama-rama ni guna felt keras.. Nak hasil handmade kitorang pada harga yang murah dan design yang meriah.. Jom! Ramai-ramai serbu tapak gerai kitorang.. YEAY!!

Sewaktu post ni ditulis.. INA sedang sibuk menggam corak rama-rama ni.. Stock pearl tak sampai lagi.. Jadi, tak dapat la SUS siapkan headband rama-rama ni hari ni.. SUS akan teruskan dengan planning untuk buat brooch pula.. Nak tau brooch macam mana yang SUS nak hasilkan?? Tunggu post akan datang k.. SUS akan update jugak di fan page aktiviti semasa kitorang.. Jangan lupa 'LIKE' ok!!!


SUPPLIES :



09 February 2012

BANTAL HANTARAN DAN CINCIN PERTUNANGAN SUS

 Assalamualaikum sem0!
SUS percaya ramai yang sudah tahu mengenai pertunangan SUS pada Hari Raya Cina bulan lepas sebab SUS dah upload gambar banyak-banyak di facebook.. Hehehe.. Kepada yang belum tahu, SUS telah pun menjadi tunangan orang pada 23 January 2012.. Sebab tu la SUS tutup workshop 2-3 hari untuk buat persiapan..

 Untuk memenuhkan dulang hantaran, SUS buat sebijik bantal ala-ala frame gambar gitu.. Dah banyak sangat dulang ngan makanan.. So, SUS decide untuk buat bantal macam ni..

 Body bantalnya SUS guna thai silk yang beli kat KAMDAR.. Cakap siap-siap kat sini.. Nanti ramai pulak yang bertanya nak beli kat mana sebab SUS tak jual thai silk ni.. Hehehe..

 Bunga-bunganya SUS guna felt lembut.. Manik berlian iron-on tu SUS tenyeh guna hot fix applicator jugak..

 Rama-rama ni tetap jadi pilihan.. Hehehe..

 Yang ni pulak adalah bantal untuk letak cincin.. Body bantal dan bunga sem0nya guna felt lembut.. Daun-daun sirih tu adalah idea MAMA dan INA.. Daun sirih tipo je ni.. Segar sampai bila-bila.. Hik.. Hik.. Hik..

 Bunga-bungaan ni sem0 SUS potong guna big shot je.. SUS mix & match dengan macam-macam die bunga yang SUS ada..



 Ni la cincin tunang untuk En. Abang SUS.. Cincin tu diikat di tengah bantal guna ribbon..

 Jaga cincin ni elok-elok yea abang.. Ayang dah beli size besar siap-siap.. Kalau abang dah gemoks pun still boleh pakai lagi kan? Hahahaha..

Ni la rupanya En. Abang SUS.. I love you abang!!! Hehehehe..

Korang sem0 doakan SUS cepat-cepat kawen yea.. ^__^


SUPPLIES :



07 February 2012

BANTAL CINCIN KAHWIN

 Hi sem0! SUS harap sem0nya pun happy sebab musim bercuti kan? Hehe.. Kota Bharu ni memang sesak dan jam disebabkan ramai orang balik kampung dan pelancong yang datang.. Workshop SUS pun menerima ramai kunjungan customer yang datang dari jauh-jauh.. Sambil datang makan angin dan balik kampung sudi jugak singgah di workshop SUS ni.. Terima kasih banyak-banyak yea.. ^__^

 Okiey.. Dah habis ayat intro.. SUS nak cerita pasal bantal ni sebenonya.. Hahaha.. Ni merupakan bantal cincin kahwin Kak Ila yang merupakan kakak dua pupu SUS.. Bantal ni SUS hadiahkan sempena perkahwinan Kak Ila pada hujung bulan February ni.. Harap-harap color yang dipilih ni sudah menepati tema perkahwinan Kak Ila.. Hari tu pun tengok gambar barang-barang hantaran akak pun dalam handset je.. Ramai jugak yang bertanya macam mana nak letak cincin tu.. Cincinnya akan diikatkan dengan ribbon yang telah dijahit pada tengah-tengah bantal tersebut..

 Untuk buat bantal seperti ini SUS gunakan felt lembut sepenuhnya..

 Berlian iron-on kat tengah-tengah bunga ni sem0 SUS tenyeh guna hot fix applicator je.. Sangat mudah lagi menyenangkan.. Bunga-bungaan ni sem0 pulak SUS potong guna big shot je.. Ada yang berminat nak die bunga ros ke? Hehehe..

 Salah satu bunga fevret SUS.. Ngeeee..

 SUS harap dapat buat bantal cincin macam ni banya-banyak lagi lepas ni.. Ingat nak jual yang ready made je.. Tempahan dah tak larat nak ambil lagi.. Huhuhu.. Minta maaf banyak-banyak yea kerana ada tempahan yang terpaksa SUS tolak kerana jadual kerja yang padat..

Nak pertandingan dan hadiah??? Tungguuuu!!! SUS akan update kemudian di sini.. Start bulan Mac nanti SUS akan pastikan korang sem0 akan sibuk dengan felt craft!



SUPPLIES :





04 February 2012

ORDER KAK IDA

 Hi sem0! Happy Saturday!
Order Kak Ida yang menunggu que dari tahun lepas sudah pun siap.. Minta maaf banyak-banyak yea akak.. Memang dah janji tak boleh nak siapkan cepat sebab order yang memang banyak dan keadaan workshop yang tengah pasang-pasang kabinet.. Kak Ida telah request untuk size coin purse yang lebih besar.. Designnya pun simple sahaja tapi tetap mengancam!

 Sebelum ramai yang bertanya baik SUS cerita siap-siap yang coin purse ni dijahit tangan kecuali zipnya dijahit guna mesin jahit.. Feltnya pula sem0nya gunakan felt keras..

 Mulanya bunga kecik ni takde dalam perancangan.. Tapi SUS tak suka pulak tengok cam kosong sangat.. Maka, muncullah bunga kecik ni di sini.. Hahaha..

Coin purse ini dibuat 2 layer.. Lining dalamnya gunakan felt jugak..

Terima kasih sem0! Happy reading!



SUPPLIES :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...