PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

13 January 2013

TUTORIAL BROOCH BOW

Salam Pagi Ahad sem0nya! Alhamdulillah.. Pagi ni SUS akan tunjukkan cara-cara bagaimana untuk menghasilkan brooch bentuk bow yang chumel.. ^^
Mula-mula potongkan bentuk bow seperti dalam gambar di atas menggunakan dies dari MFT Die-namics Beautiful Bows.. Dies ini hendaklah digunakan bersama-sama Big Shot..

 Kemudian ambil felt yang berbentuk seperti dalam gambar di atas untuk dilipat dua dan digamkan pada bahagian tengahnya..

Bahagian pada sebelah lagi juga dilipat dan digamkan pada bahagian tengahnya..

Selepas itu, bow yang telah siap tadi hendaklah ditindankan dengan bahagian ekor bow.. Gamkan sahaja pada bahagian tengahnya..

Begini la hasil bow yang telah siap digam..

Sekarang, korang boleh la mula menghias pada bahagian tengah bow dengan pelbagai eksesori yang menarik..

 Setelah hiasan siap digam, gamkan pula brooch pin di bahagian belakang bow.. Di sini, SUS menggunakan brooch pin bersaiz 2.5 cm..

Brooch bow yang telah siap! Chumel kan?? ^__^

 Ini sebahagian brooch yang berjaya SUS siapkan..

 Korang boleh jugak jadikan bow tadi sebagai penyeri headband kosong.. Headband yang SUS buat ni adalah untuk baby yang baru lahir sehinggalah berumur 2 tahun..

 Apa tunggu lagi? Jom! Buat brooch bow ni banyak-banyak.. Kalau korang berhajat nak buat bisnes pun bagus jugak kerana brooch ini chumel dan mendapat banyak permintaan dari kalangan remaja..

 Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog SUS ini.. Selamat mencuba!!

p/s : SUS nak tidooo.. Post kali ni ditulis pada pukul 1 pagi.. Minta maaf la kalau ayatnya agak mengantuk sikit.. :p


SUPPLIES :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...