PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

24 March 2012

CARA-CARA MEMBUAT SI BURUNG HANTU

 Selamat hari Sabtu! Hari ni SUS akan tunjukkan cara bagaimana nak buat keychain burung hantu.. Bahan-bahan dan pattern burung hantu ini boleh didapati dalam felt kit bulan April.. Langkah pertama adalah dengan memotong  bahagian burung hantu mengikut pattern yang diberikan..

 Setelah itu jahitkan bahagian perut burung hantu seperti dalam gambar dengan jahitan backstitch.. 1 layer benang sahaja digunakan..

 Setelah siap bahagian perut, teruskan pula pada bahagian mata dengan jahitan backstitch juga.. Korang boleh juga guna cara jahitan yang lain.. Tak semestinya backstitch.. Ini hanya cadangan dari SUS.. SUS lebih sukakan jahitan backstitch kerana ianya lebih kemas dan persis jahitan mesin..

 Selepas itu boleh la jahitkan pula bahagian bebola mata yang berwarna putih dengan jahitan sembat..

 Begitu juga dengan eyeshadow burung hantu ini.. Burung hantu SUS ni pompuan.. So, kena la pakai eyeshadow.. Hehehe..

 Dah siap bahagian mata, teruskan pula dengan bahagian hidung..

 Kemudian, jahitkan bentuk love pada perut burung hantu untuk bagi nampak lebih chumel lagi..

 Nak bagi mata burung hantu ni nampak lebih galak lagi, SUS jahitkan pulak eyeliner dan mascara pada mata burung hantu ini dengan jahitan backstitch.. 4 layer benang digunakan untuk effect yang lebih tebal.. Hehehe..

 Pada bentuk love tadi, jahitkan ala-ala zig-zag dengan 2 layer benang..

 Setelah semua bahagian siap dijahit, gamkan pula bahagian kepak burung hantu.. Letakkan hanya sedikit gam sahaja sekadar untuk bagi tidak bergerak dan memudahkan proses menjahit nanti..

 Gamkan juga ribbon penggantung pada bahagian tengah kepala burung hantu..

 Selepas itu, proses menjahit untuk mencantumkan kedua-dua kepingan felt badan burung hantu boleh dimulakan.. Jahitan blanket stitch digunakan.. Di sini, SUS gunakan 4 layer benang.. Setelah sampai pada bahagian kepak burung hantu, cara jahitannya adalah seperti dalam gambar.. Cucukkan jarum dari bahagian atas sehingga menembusi ke bahagian belakang..

 Kemudian, cucukkan jarum dari bahagian belakang dan selari dengan benang di hadapannya..

 Masukkan jarum ke dalam loop benang tersebut dan tarik jarum sehingga benang kemas.. Ulang langkah ini sehingga melepasi bahagian kepak burung hantu.. Langkah jahitan yang sama juga dipraktikkan untuk pada bahagian ribbon nanti..

Jangan habiskan jahitan terlebih dahulu.. Tinggalkan sedikit ruang untuk menyumbat fiber sebelum habiskan jahitan.. Setelah fiber diisi dengan penuh, jahitan boleh diteruskan sehingga habis dan matikan jahitan..

Beginilah rupanya keychain burung hantu setelah siap.. Split ring dipasangkan pada ribbon penggantung tersebut.. Kepada yang masih baru nak belajar cara menjahit tu.. Bleh la dapatkan Buku Tutorial Starter Kit.. Di dalam buku ini ada diajarkan basic jahitan.. ^__^

Enjoy!


SUPPLIES :



23 March 2012

UNIFEST USM Kubang Kerian




Hi sem0! Minta maaf banyak-banyak sangat sebab mengambil masa yang agak lama untuk update blog ni.. Baru-baru ni macam takde mood je.. Hahaha.. Pada 9 & 10 Mac 2012 yang lalu, SUS telah join UNIFEST USM Kubang Kerian untuk main jual-jual.. Terima kasih kepada sem0 warga USM yang sememangnya sporting-sporting belaka.. Sampai tak cukup tangan kitorang melayan order keychain nama daripada korang..

 Terima kasih juga kepada asisstant-asisstant SUS iaitu Faizah, Didi, Siti, Amni dan Izzah yang bertungkus-lumus menjaga gerai SUS.. Sampaikan tak sempat nak makan yea.. Kecian kat korang errkk.. 

 Gerai baru buka.. Masih sibuk duk mengemas-ngemas pun customer dah datang.. ^__^

Patung cendana sebagai pelaris.. Ahaks!

  
Harga memang pada harga borong.. Hari lain memang tak dapat la..

  
Pencil case kosong untuk dihias dengan nama..

 Pencil case gulung dan clutch yang tomey-tomey..

 Pelbagai jenis brooch..

 Sape yang tak beli ni rugi tau.. ^__-

 Pack Jom Buat Sendiri..

 Starter kit dan felt..

 Didi dan Faizah..

 Siti dan SUS..

Huruf-huruf untuk keychain nama dan pencil case..

Terima kasih UNIFEST! SUS memang seronok main jual-jual kat sana.. Moga-moga dapat peluang untuk join pada tahun depan pulak..



07 March 2012

HARI-HARI PUN HEADBAND BABY... ^__^

 Hi korang! Sekarang ni SUS & INA banyak buat baby headband.. Alhamdulillah kerana sambutan agak menggalakkan.. Makanya, kitorang pun bersemangat la nak buat banyak-banyak dan banyak lagi! Hahahahahahaha.. Biji mata bersinar-sinar.. Ka-ching! Ka-ching!

 Headband bunga rose tetap menjadi pilihan orang ramai..

 Headband cokelat coffe latte + vanilla sikit! Wahh!! Jadi perisa apa ni..

 SUS ada jugak buat headband ribbon sikit-sikit.. Mula-mula buat saja nak try suka-suka.. Tetiba ter'addicted' la pulak.. Nasib la.. SUS memang suka main combine color dan corak sana sini.. Memang tak puas dengan satu je.. Dah banyak-banyak macam ni apa lagi.. SUS pun promote la untuk jual.. Hehehehe.. Ada banyak lagi tapi malas nak ambil gambar.. ^__-

 Aktiviti membuat kad ucapan pulak adalah untuk me'release'kan tensen-tensen yang ada.. Memang sangat berkesan sampai terbawak-bawak dalam mimpi.. Hahaha.. Kad ucapan tahniah ini dibuat khas untuk adik sepupu SUS yang nak kahwin hari Sabtu ni.. Tahniah yea adik Nurul.. Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu..

 Ini adalah headband baby jugak.. Tapi tak tau nak letak nama apa bunga ni.. Ada cadangan tak?? Nanti SUS bagi cokelat.. Ahaks! Hahaha.. Hurmmmm.. Mula berpikir kembali mengenai nama bunga ini..

Headband yang sudah siap dipacking.. Kepada yang berminat nak beli headband baby SUS ni boleh la dapatkan di kedai ibu dan anak MOM 2 MOMS di Pasir Tumboh.. Untuk belian secara online pulak, harap bersabar yea.. Kitorang tengah berhempas berpulas-pulas untuk menambah stock..

Jangan lupa yea kawan-kawan.. Hari Jumaat ni UNIFEST di USM Kubang Kerian bermula.. Kalau nak check darah percuma ke.. Check gigi percuma ke.. Check tahap kesihatan percuma ke.. Ni la masanya.. Kalau nak datang jumpa SUS pun boleh jugak.. Sebab SUS ada menjual kat sana.. Keh3x.. Bajet popular je ada orang nak jumpa..

Thanks for reading!


SUPPLIES :



03 March 2012

HOW TO MAKE A FRAME GAMBAR

Selamat Hari Sabtu sem0!
Semoga ceria-ceria di hari Sabtu yang damai ini.. Hari ini SUS akan tunjukkan cara-cara nak membuat frame gambar dari bahan-bahan yang disediakan dari felt kit bulan Mac..
Mula-mula potong plastic transparent mengikut size tingkap frame gambar tetapi dilebihkan sedikit dari size asalnya untuk digamkan pada bingkai felt.. Felt keras digunakan untuk membuat frame gambar ini..

Untuk gamkan plastic ini, glue gun digunakan.. Gamkan di sekelilingnya hingga habis..

Kemudian, ambil gambar yang ingin diframekan dan gamkan juga di sekelilingnya di atas plastic tadi..

Setelah siap, ambil bahagian belakang frame dan cantumkan dengan bahagian depan.. Gamkan di sekelilingnya dengan kemas sehingga habis..

Sebagai hiasan korang boleh hiaskan dengan apa sahaja mengikut kreativiti korang.. SUS pulak gunakan bunga yang SUS buat 2 hari lepas untuk dilekatkan pada bahagian depan frame ini..

Kemudian, ambil kaki frame untuk ditampalkan pada bahagian belakang frame.. Bengkokkan kaki frame seperti dalam gambar terlebih dahulu..

Setelah itu, kuncikan kaki frame tersebut seperti ini..

Lekatkan kaki frame tadi menggunakan glue gun pada bahagian belakang frame..

Frame yang telah siap! SUS sebenonya nak letak gambar baby Qayyum yang tomey-tomey.. Tapi printer SUS buat hal pulak.. Sedih betul.. Printer asyik rosak jerr.. Nak buat project sikit pun susah.. Hurmmm.. Nasib baik ada gambar yang dah siap print dolu-dolu.. Takde la SUS nak kena pergi kedai gambar nak print bagai.. Memang tak kuasa ok! Hahaha..

SUS hanya tunjukkan yang simple-simple dulu sebgai warm-up gituu.. Takde la mematikan idea korang nanti.. SUS tau yang korang di luar sana mempunyai idea dan daya kreativiti yang lebih hebat lagi..

Apa-apa pun.. Selamat mencuba yea! Jika ada design lain yang ingin dikongsikan dari felt kit bulan Mac ini, SUS akan kongsinya bersama di blog ini.. Kalau korang ada buat satu seperti ini juga, jangan malu-malu untuk emailkan hasilnya dan dikongsi bersama.. Tak rugi tau.. Sebab ada hadiah yang menanti korang..^__^

Untuk info lanjut sila klik DI SINI..


SUPPLIES :



01 March 2012

TUTORIAL BROOCH BUNGA BLOSSOM

 Assalamualaikum & Hi sem0! SUS harap korang sem0 dah pun beli felt kit bulan Mac kerana hari ini SUS akan ajar brooch bunga blossom dengan menggunakan material dari kit tersebut.. Jika korang ada big shot machine boleh la gunakannya untuk memotong kelopak bunga ini dengan menggunakan Sizzix Framelits Die Set 7-PK Flower.. Untuk buat brooch bunga ini, felt lembut digunakan..

 Framelit die tersebut perlu diletakkan begini di antara cutting pad..

 Selepas tu apa lagi.. Mari kita gelek.. Pusing.. Pusing.. Pusing.. Sampai la habis.. Hahaha.. ^__-

 Kepada yang tidak mempunyai big shot machine jangan risau yea.. Korang masih boleh buat dengan menggunakan kaedah manual seperti biasa.. Trace dahulu pattern kelopak bunga tersebut pada felt menggunakan tracing pencil.. Pattern bunga ini ada diberikan dalam felt kit ini.. Kelopak bunga yang sudah siap dipotong juga ada diberikan.. Korang boleh la gunakan kelopak bunga tersebut..

 Setelah pattern ditrace, korang boleh la gunting pattern bunga tersebut..

 1. Lima kelopak bunga dan 1 bulatan felt perlu disediakan untuk siapkan bunga blossom kita.
2. Setelah itu, lipat dua kelopak bunga felt korang itu.
3. Ambil keratan bulat felt tadi dan tindankan kelopak bunga di atas keratan felt berbentuk bulat tersebut. 
4. Kemudian, jahitkan kelopak bunga felt di bahagian tengah bersama keratan bulat felt tadi.

 5. Ambil kelopak bunga felt yang kedua dan lipatkan dua seperti tadi juga. Selepes itu, tindankan kelopak bunga tersebut seperti dalam gambar.
6. Ulangi langkah yang sama seperti tadi untuk kelopak bunga yang ketiga dan tindankan kelopak bunga seperti dalam gambar.
7. Kelopak bunga yang keempat pula hendaklah ditindan dan disilangkan seperti dalam gambar dan jahit.
8. Untuk kelopak bunga yang terakhir, hendaklah dilipatkan empat seperti dalam gambar.

 Selepas itu, jahit kelopak bunga yang terakhir ini di bahagian tengahnya juga..

  Setelah kelopak bunga siap dijahit, ambil 2 keping daun dan gamkan di bahagian belakang bunga menggunakan glue gun. Jika daun tersebut panjang, boleh la dipotongkan sedikit di bahagian hujungnya..

 Setelah daun siap digam, ambil brooch pula untuk digamkan..

 Brooch yang telah siap digamkan di bahagian belakang bunga..

Tadaaaaa!!! Begini la rupa brooch bunga blossom yang telah siap.. Simple sahaja bunga blossom ini, tapi SUS percaya yang korang di luar sana lebih kreatif dengan idea yang lebih fresh.. Jika korang ada idea yang lebih baik daripada ini, cepat-cepat la hantar penyertaan korang untuk photo contest.. Untuk syarat-syarat contest sila klik DI SINI..

Kita jumpa lagi pada tutorial akan datang.. SUS akan tunjukkan cara untuk buat frame gambar pula dengan mengunakan material dari felt kit bulan Mac.. Sampai jumpa lagi.. Bubbye!!!


SUPPLIES :




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...