PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

14 December 2011

MAJLIS SOLAT HAJAT PEMBUKAAN WORKSHOP

 Assalamualaikum readers!!! Aduhai.. Minta maaf yea kawan-kawan.. Baru sekarang ada mood untuk mengupdate blog SUS ini.. Ni sem0 gara-gara pencuri kabel yang telah memutuskan mood SUS untuk mengarang-ngarang di blog ni.. Ekekeke.. Alasan jerk ni.. Pada hal malas!!! Pada 3 hari bulan yang lepas SUS ada buat sedikit majlis kecil untuk solat hajat pembukaan workshop SUS ni.. Alhamdullillah kerana sem0nya berjalan dengan lancar.. Kerja-kerja pemasangan kabinet di workshop SUS pun sudah selesai semalam.. Sekarang ni boleh la SUS fokus utk hias-hias pulak workshop SUS yang kecik ni..

 Terima kasih kepada sem0 yang sudi hadir pada majlis solat hajat ini..

 Ada la jamuan makan-makan sket untuk santapan tetamu yang hadir.. Ni sem0 mama SUS yang masak okiey.. SUS tolong tengok jerk.. Kui3x..

 Geng-geng masjid yang hadir.. ^___^

 Terima kasih kepada Lillyciouss kerana hadiahkan cokelat yang cantik dan sedap ini.. Suke sangat3x!!!

 Ni la suvenir yang diberikan kepada tetamu solat solat hajat..

Yang ni plak begnya.. SUS dan INA telah pun sepakat untuk mengekalkan blog ini setelah website baru dilaunch nanti.. Blog ini akan terus menjadi inspirasi kepada korang sem0 untuk mencipta sesuatu yang kreatif sambil berbelanja di online shop SUS nanti.. Yeay!!!

Macam biasa la yea.. Kalau nak cuci-cuci mata dengan lebih banyak foto lagi boleh la ke fan page SUS n d FELT PRODUCT k.. ^____^

P/S : Update mengenai felt craft workshop yang dah lepas-lepas akan menyusul esok..



06 December 2011

FELT CRAFT WORKSHOP : ASAS JAHITAN FELT 9 DISEMBER 2011

 Happy Tuesday! Adoiii.. Baru hari ni dapat online semula dengan riang gembiranya setelah kabel telefon dicuri oleh mat gian.. SUS nak buat iklan felt craft workshop pun tergendala.. Ish3x.. Untuk workshop pada hari jumaat ini akan diajarkan asas-asas jahitan dalam felt craft.. Kepada yang berminat untuk join workshop ini boleh la mendaftar sekarang dengan membayar deposit sebanyak 50%..

 Peserta akan diajar 3 pattern seperti dalam gambar di atas di samping pengenalan kepada asas jahitan dan material & peralatan yang digunakan dalam felt craft ini..

 Printed hand out dan sarapan pagi disediakan oleh pihak SUS n d FELT PRODUCT.. Material dan peralatan juga disediakan.. ^_____^

 Pattern yang akan diajar adalah keychain love, hair clip bunga dan brooch burung hantu..

TARIKH :
9 Disember 2011

MASA :
9.00 am - 12.30 pm

LOKASI :
Workshop SUS, Kota Bharu, Kelantan
Untuk peta sila klik DI SINI..

YURAN :
RM80
 
 
Untuk download jadual felt craft workshop akan datang boleh klik DI SINI..

02 December 2011

PROMOSI PEMBUKAAN WORKSHOP SUS n d FELT PRODUCT

 Assalamualaikum sem0.. Di sini SUS ada berita baik untuk korang sem0.. Promosi sebanyak 10% akan bermula tepat pukul 12 malam ini untuk sem0 barangan yang dijual di KEDAI SUS.. Promosi bermula 3 Disember 2011 hingga 10 Disember 2011.. Anda sem0 dijemput shopping yea.. Tidak kira secara online atau pun datang beli terus di workshop SUS.. ^_^

 Kepada yang berdekatan terutamanya orang Kota Bharu boleh la datang singgah ke workshop SUS esok sebab ada makan-makan sikit sempena pembukaan workshop SUS ini.. Yang belum pernah datang boleh rujuk peta di atas..
 
TERMA & SYARAT :
1. Order yang dibuat hendaklah dalam tempoh sale iaitu 3 Disember hingga 10 Disember 2011.
2. Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 3 hari selepas tarikh order diconfirmkan dari pihak KEDAI SUS.

Siang tadi sempat jugak la curi tulang jahit suvenir untuk diberikan kepada jemaah solat hajat esok masa tengah buat workshop felt t-shirt.. Ekekeke.. Untuk gambar-gambar workshop felt t-shirt esok-esok pulak la SUS update yea.. Banyak yang nak kena siapkan dulu untuk majlis solat hajat esok.. Bubbye.. Selamat malam sem0!



01 December 2011

FELT CRAFT WORKSHOP MINGGU LEPAS

 Selamat malam Jumaat sem0.. Minggu lepas workshop keychain angry bird telah dijalankan di workshop SUS.. Terima kasih kepada sem0 peserta yang sudi hadir.. SUS harap tips yang diberikan dapat membantu untuk menghasilkan keychain pattern-pattern lain pula selepas ini..

 Senyum!!! ~~~~

 Khaziah Omar.. ^_^






Untuk lihat lebih gambar lagi macam biasa la yea.. Boleh jenguk fan page SUS n d FELT PRODUCT.. Esok pulak workshop belajar jahit felt pada t-shirt akan dijalankan.. Jumpa korang sem0 esok k.. ^_^

Sekian sahaja untuk malam ini.. Malas nak tulis panjang-panjang sebab nak siapkan keychain love untuk suvenir Majlis Solat Hajat pada hari Sabtu ni.. *_*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...