PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

10 January 2012

ALAHAI.. CHUMELNYA NUR ADELIA ARISSA..

 Hello! Hello!!! Nama saya Nur Adelia Arissa bt Ashadi.. Chumel tak saya?
Hahahaha.. Lucu pulak rasa bila teringat kisah headband yang baby chumel kita ni pakai.. Nur Adelia Arissa Adehh.. Panjangnya nak sebut nama.. ni anak kawan SUS.. Kak Hanim namanya.. 2 hari lepas Kak Hanim ada datang workshop SUS bawak anaknya yang baru berusia 3 bulan ni.. Kedatangan Kak Hanim memang ditunggu-tunggu.. Kalau Kak Hanim sampai memang gamat suasana sekeliling disebabkan keramahan beliau.. Ada saja je cerita yang nak diborakkan.. Yang bestnya Kak Hanim siap bawak barang yang SUS nak beli kat website beliau.. Ingatkan nak suwoh Kak Hanim pos je.. Mendenya pun kecik je iaitu 10 pack rempah sauna.. Ekekeke.. Sekarang ni SUS sibuk nak bersauna.. Nak jaga badan la konon.. Wawawa..

Cop3x!!! Berbalik pada asal mengenai cerita headband baby Arissa ni.. Sesuka hati je panggil Arissa.. Mak dia panggil apa pun SUS tak tau.. Lalalala.. 3 bulan lepas semasa nak menunggu hari je untuk melahirkan, Kak Hanim telah datang ke workshop SUS untuk belajar jahit felt pada t-shirt.. Mengidam katanya.. Disebabkan Kak Hanim ni ibu mengandung.. SUS layankan ajerrr.. Hik3x.. Masa tengah mengajar tu SUS pun tanya la Kak Hanim ni.. Dah scan ke tengok baby boy ke baby gurl.. Kak Hanim cakap dia tak pergi scan pun biar surprise katanya.. Okiey.. SUS layankan je lagi.. Maybe dah anak ketiga takde la excited semacam nak pergi scan setiap sudut perut tu kan.. Pastu siap tayang-tayang gambar anak yang dalam pewot tu kat fesbuk.. Oooopss!! Bukan nak mengata.. Kemungkinan besar SUS pun akan buat macam ni jugak kot.. Hahahahahahahaha...

Buat perenggan baru pulak la yea.. Cam dah panjang bebeno plak rasanya.. Tengah-tengah syiok Kak Hanim duk menjahit.. Mulut SUS ni pun gatal gi cakap yang kalau Kak Hanim dapat baby gurl SUS akan buatkan headband untuk anak Kak Hanim.. Hamek kaww!! 2 hari lepas tu SUS dapat SMS dari Kak Hanim yang beliau telah terberanak baby gurl.. Hahahaha..

Auntie SUS harap baby Arissa suka dengan headband ni yea.. Olololo.. Mucuk-mucuk.. Meh auntie nak cium-cium sikit.. Mmmmuacks! Mmmmmuaahhhh!!!

Kalau korang nak shopping-shopping barangan kecantikkan boleh la ke website Kak Hanim di www.rahsiacantik.com..


SUPPLIES :



08 January 2012

SEDANG MENYIAPKAN INI...

 Hi korang!
Sekarang ni SUS & INA tengah menyiapkan sepit rambut, hp charm, fridge magnet n brooch untuk sponsor suvenir sempena Karnival Karangkraf pada 27-29 January ini.. Kepada yang berdekatan boleh la pergi ke karnival tersebut yea..

 Tu la.. padan muka SUS.. Tetiba baik hati nak sponsor kan.. Terpaksa la bertungkus-lumus menyiapkan mende ni sem0.. Pada hal ada dateline penting pada 23 January ni.. Huhuhu..

 Tadi terang gambarnya.. Tetiba gelap pulak.. Hahaha.. Manik-manik iron-on yang cinonet tu SUS guna hot fix apllicator untuk lekatkannya..

 Untuk hair clip ni SUS gunakan felt lembut..

 Snap clip dibalut dengan felt berbentuk love.. SUS buat simple-simple dan cepat siap je.. Banyak kot.. Nanti tak terkejar pulak.. Sekarang ni pun tengah pening cari label untuk packaging.. SUS belum print lagi untuk SUS n d FELT PRODUCT berwajah baru.. Harap-harap sempat la siap printing.. Klu tak siap jugak print sendiri la jawabnya guna printer Canon ni.. Ekekeke..

Hp charm love yang telah disiapkan oleh INA.. Sekarang ni INA tengah siapkan fridge magnet berhuruf pulak.. SUS pulak nak buat brooch.. Nanti SUS update lagi kalau dah siap nanti yea!

Workshop SUS sekarang ni tengah kelam kabut duk mempacking button yang baru sampai.. Rasanya hari-hari pun workshop SUS kelam kabut ngan penuh barang-barang.. Hahahahahaha.. Nasib lerr.. Nama pun workshop tempat orang duk buat kerja.. Sisa-sisa label Kedai SUS pun masih banyak lagi.. Perlulah dihabis guna dulu baru boleh print yang baru.. ^__^


SUPPLIES :



05 January 2012

KAD UCAPAN UNTUK EN. ABANG

 
Selamat hari khamis!
Hari ni SUS nak kongsi sedikit dengan minat baru SUS untuk menghasilkan kad-kad ucapan.. Disebabkan dah buat tapi tak tau nak bagi kat sape.. Yang menjadi mangsanya adalah En. Abang tercayang.. Hahaha.. Masa SUS buat kad ni memang dapat macam-macam kutukkan.. Yela.. Zaman sekarang ni mana ada orang main hantar-hantar surat dan kad ucapan bagai.. Sekarang ni kan zaman BBM, fesbuk dan twitter.. Huhuhu.. Lantak la nak kata apa pun.. Yang penting SUS suka!!! Wateber!

 Nasib baik la En. Abang SUS ni seorang yang jiwa-jiwa melayan pemberian kad dari orang tersayang.. Ekekeke.. Ada jugak orang yang nak menerima kad SUS ni.. Kad ni dah selamat sampai pun kat En. Abang.. Yang bestnya En. Abang SUKA!!!

 SUS punya kad musti ada guna felt.. Mana boleh tak guna felt.. Felt berlambak kot kat workshop ni.. Hahaha.. Ni pun SUS guna yang lebih-lebih je.. Ssyyhhh.. Jangan bagi tau kat En. Abang SUS k..

 Kat bahagian dalam kad..

 Hurmmm.. Kad yang ni INA cakap tak lawa.. Color dia pelik katanya.. SUS pun nampak pelik jugak sebenonya.. Korang pun sama jugak kerr?? Hehehehe.. Biasa la.. Kata orang baru nak belajar gituu.. SUS masih baru lagi buat kad dengan kaedah stamping macam ni.. Buat pun guna bahan yang mana ada je.. Maklum la harga barang-barang nak buat kad ni bukannya murah-murah.. Huhuhu..

 Felt butterfly.. SUS gunakan hot fix applicator untuk lekatkan manik iron-on pada rama-rama..

Lantak la.. Lawa ke tak lawa En. Abang tetap kena terima kad ni.. Lepas tu kena bagi feedback yang baik-baik je OK!

 Yang ni cantik kan3x??? Hahahaha.. Abang tunggu ayang pos yang ni pulak yea.. ^__^

 Felt rama-rama lagi.. Yang ni SUS potong guna big shot sengan die Cocoa Bean Butterfly..

 Kad ni ayang buat sendiri khas untuk abang tau.. Musti korang geli baca entry SUS kali ni kan? Ada aku kisah! 
Hahahahahaha.....

~~ Loving life with you by my side ~~


P/S : Moral cerita pada hari ini gunalah felt untuk bagi cantik lagi kad ucapan korang.. Keh3x....



SUPPLIES :



02 January 2012

BERLALU SUDAH FELT CRAFT WORKSHOP 2011

 Happy Monday!
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi berakhir jua felt craft workshop SUS pada Jumaat lepas penutup bagi tahun 2011.. Sampai terlebih-lebih pulak peserta pada hari tu.. Tapi tak pe.. Selagi muat SUS sumbat je.. Hahahaha.. Terima kasih yang tak terhingga SUS ucapkan kepada sem0 peserta yang sudi join workshop SUS.. Minta dihalalkan apa yang terlebih dan terkurang yea..
  


 Begini la suasana pada hari workshop tersebut dijalankan.. Nasib baik ada 2 orang cikgu tambahan.. Ekekeke.. Terima kasih eh korang kerana sudi tolong SUS.. Dorang adalah Hikmah dan Faizah..





 Ice cream, cupcake dan strawberry.. Menggunakan teknik yang sama tapi dapat hasilkan 3 mende.. Terbaekk!!!

 Adik Aina.. ^__^


SUS harap sem0 peserta berpuas hati dengan ilmu yang telah SUS kongsikan.. InsyaAllah takde aral melintang dan dikurniakan idea lebih oleh Allah S.W.T. SUS dan INA akan adakan workshop lagi untuk design baru.. Kepada adik-adik yang masih bersekolah, SUS ucapkan selamat memulakan sesi pembelajaran dengan semangat yang baru di tahun baru ini..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...