PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

28 October 2011

ORDER ADIK OWANGE

 Hye kepada pembaca blog SUS sem0! Ini adalah Turbozilla order dari ADIK OWANGE a.k.a. MR. ALIF.. Kepada yang biasa COD area Wangsa Maju kenal la siapa MR. ALIF ni.. Kesian kat dia sebab dah lama order macam-macam dari SUS dan INA baru sekarang kitorang layan.. Dah alang-alang kitorang nak ke KL malam esok terus kitorang siapkan order adik manja ni.. Ngeh.. Ngeh.. Ngeh.. Besar tau Turbozilla ni.. Ada la sebesar tapak tangan MR. ALIF.. MR. ALIF nak gantung haiwan ni dalam kereta beliau.. Terima kasih kerana order tak berbayar dari kami yea..

 Ni pulak jenis button yang sudah direstock dan ada pertambahan design baru telah dibawa masuk ke KEDAI SUS.. Kepada yang suka mencari kelainan dalam penggunaan button boleh la beli di KEDAI SUS..

 Ini pula frame yang simple dan mudah untuk dibuat sendiri oleh korang sem0.. SUS akan ajar dalam majalah DARA.COM nanti.. Malam esok SUS dan INA akan naik bus untuk ke KL bagi menjalani penggambaran cara-cara untuk menghasilkan frame sperti ini dan 3 design lain iaitu headband, hair clip dan fridge magnet..

 
Dua ekor katak ni pula dalam proses untuk disiapkan.. Designnya telah diberikan oleh pemilik katak ni.. Nak tau cerita lebih lanjut mengenai katak ni kena la tunggu entry SUS yang akan datang k.. YEAY!!

 Ni pulak SUS cuba-cuba dari hasil pembelajaran class online membuat card.. Teknik stamping dan embossing digabungkan dengan penggunaan felt.. Maklum la.. SUS ni tak berapa expert nak main dengan kertas.. SUS lebih suka dengan felt.. Hehe..

 Baru nak belajar main cop-cop.. Harap-harap skill cop-mengecop dapat dipertingkatkan lagi dengan latihan ynag tanpa henti.. Ada ke masa nak buat latihan tanpa henti? Hahaha.. Order customer pun masih beratur panjang ni.. Uwaaaa!!!

Terima kasih kerana kerana sudi meluangkan masa membaca blog SUS ini.. SUS harap blog ini dapat memberi inspirasi kepada korang untuk menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif.. Jumpa lagi nanti!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...