PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

04 November 2011

ORDER AYSHAH

 Terlebih dahulu SUS nak ucapkan terima kasih kepada Ayshah kerana sudi order dengan SUS.. Ayshah request untuk jahit Mr. Froggy beliau yang telah hilang disebabkan terlampau sayang dengan Mr. Froggy ni.... Ayshah email gambar Mr. Froggy ni untuk SUS tiru sebijik macam Mr. Froggy beliau yang telah hilang..

 Tapi SUS tak dapat la nak tiru sebijik sejiban sebab tangan yang membuatnya lain dengan orang yang sebelum ni buat.. Berpandukan gambar yang diberikan SUS print je gambar tu.. Pastu pass kat INA suwoh dia jahit.. Wawawa.. Dah print tu pe lagi.. Gunting dan tekap je la kat atas felt.. Ramai yang tanya SUS macam mana nak buat pattern kartun contohnya cam angry bird.. Prosesnya sama jugak.. Macam ni jugak SUS dan INA buat.. Ada yang siap mintak dengan SUS nak pattern angry bird.. SUS memang tiada pattern sendiri.. Tiap kali nak buat SUS akan google je gambar-gambar kartun ni.. Bila SUS cakap camni je caranya siap ada yang tak percaya pulak.. Siap cakap SUS kedekut la.. Tipu la.. Takde maknanya okiey..
 SUS harap kenyataan ni dapat menjawab persoalan di minda korang mengenai pattern kartun yang SUS dapat.. Kepada yang pandai melukis tu adalah satu kelebihan kerana anda boleh melukis sendiri pattern tersebut.. Yang tak berapa pandai melukis tu boleh la tiru cara SUS ni yea..

 Yang hilang sekor je.. Tapi Ayshah request dua ekor untuk diberikan kepada seseorang yang istimewa..
 ^_-

Pasangan froggy ni telah pun diambil sendiri oleh Ayshah di workshop SUS semalam.. Terima kasih banyak-banyak diucapkan..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...