PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

07 November 2011

TIPS UNTUK MEMANASKAN MANIK IRON-ON DENGAN LEBIH MUDAH

 Assalamualaikum sem0.. Selamat Hari Raya Aidil Adha SUS ucapkan kepada korang sem0 yang beragama Islam.. Makan daging korban tu jangan berlebih-lebihan pulak.. Nanti naik darah susah nanti.. Hehehe.. Kali ini SUS nak kongsi sedikit tips bagaimana untuk melekatkan manik berlian iron-on dengan lebih mudah dan kemas.. Untuk tugas ini kita perlukan hot fix applicator seperti yang ada dalam gambar di atas..

 Hot fix applicator ini disertakan dengan 7 tip yang boleh ditukar mengikut size manik yang dikehendaki.. Hot fix applicator ini perlu disambung ke sumber elektrik untuk memanaskannya..

 Setelah panas boleh la tekan manik tersebut di atas felt atau apa2 jenis fabric yang dikehendaki dengan hujung tip yang telah panas..

 Kalau SUS pulak hanya suka menggunakan tip yang hot spot ni.. Sebabnya SUS xpayah nak tukar-tukar tip tersebut mengikut size manik.. Apa-apa sahaja size manik boleh dipanaskan dengan menggunakan tip hot spot ini..

 Di sini ada beberapa contoh idea menggunakan manik iron-on sebagai hiasan pada hasil felt craft.. Dengan adanya hot fix ni korang tidak perlu lagi memanaskan seterika semata-mata hanya untuk lekatkan beberapa biji manik sahaja..

 Hot fix applicator ini bukan sahaja boleh digunakan untuk memanaskan manik pada felt tetapi boleh juga digunakan untuk melekatkan manik pada baju kurung atau pun tudung korang.. Alat ini memudahkan lagi kerja kita untuk merancang penyusunan manik dengan lebih teratur dan tepat..

Hot fix applicator ini boleh didapati di KEDAI SUS pada harga yang sangat berpatutan.. Jadi, apa tunggu lagi? Lengkapkan tool box korang dengan adanya alat ini.. ^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...