PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

16 October 2011

JAMBANGAN BUNGA MY HEART

Timbulnya idea nak buat jambangan bunga ni setelah perasaan stress melanda SUS dan INA.. Kitorang sesaje je masuk kedai bunnga.. Konon-kononya nak tengok-tengok je untuk hilangkan stress.. Last sekali sebakul bunga kitorang borong.. Hahaha..

Tahan la sehari bunga-bunga ni.. Esoknya dah nak layu.. Untuk buat gubahan ni guna sikit je bunganya.. Sebenonya ada banyak lagi bunga kat belakang tu.. Wawawa.. Mama kitorang pun dah pot-pet-pot-pet pasal bunga ni.. Dah nak mati la.. Membazir la.. Nyamuk bertelur la.. Ingatkan dapat hilangkan stress.. Rupanya menambahkan stress lagi ada lerr.. Dengar syarahan mama.. Ekekeke..

Bunga ni kitorang main susun je ikut sesukati.. Memang mudah sangat.. Kalau korang nak try buat jugak sila-sila kan la try yea.. Main hentam je.. Tak susah pun.. Tak perlu ada basic gubahan bunga bagai..

Nak buat love macam ni pun caranya macam biasa jugak.. Cuma tak bubuh keychain je..

Cuma last sekali kitorang cucuk love ni dengan lidi sate.. Pastu balut lidi dengan ribbon satin.. Baru la cun kan??? 

 Love ni jugak boleh dijadikan fridge magnet.. Korang lekatkan je magnet dengan menggunakan glue gun kat belakang love ni.. Memang SUS nak jadikan fridge magnet pun pasni.. Bunga pun dah kering tapi lovenya masih boleh pakai.. Lidi sate tu pun SUS main cucuk je.. Xde letak gam pape.. So, tiada masalah untuk keluarkan balik lidi sate tersebut.. Kalau suka, jom la cuba buat gubahan seperti ini.. Amat sesuai untuk dihadiahkan kepada seseorang yang istimewa..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...