Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Ana kerana sudi order dengan SUS.. Order ni telah pun sampai kepada Kak Ana.. Alhamdulillah sebab Kak Ana puas hati dengan hasil order ni.. Kak Ana telah mengorder keychain nama dan bookmark untuk dihadiahkan kepada kawan-kawannya di US.. Entry kali ni sem0 ejaan perkataan SUS akan tulis penuh.. Tiada lagi short form okiey.. Tujuannya adalah untuk melatih diri ini menulis di website baru nanti.. Baru la nampak profesional sikit kan? Tak de la nampak website yang cam carca marba jek.. Cewahh!! Koya (perasan) je lebih.. Hahaha..
Pening jugak mula-mula masa terima order dari Kak Ana ni.. Kak Ana nak bookmark yg melambangkan Malaysia.. Pikir punya pikir terlintas nak buat bunga raya.. Tapi rasa macam tak cukup la pulak.. Tu yang ada corak kain batik sebagai penyeri.. Kain batik ni bukannya diambil dari kain batik yang telah dipakai yea.. Memang dibeli baru khusus untuk siapkan order Kak Ana ni.. Lagi pun murah je kain batik ni.. SUS beli kat Wakaf Che Yeh dengan harga 10 hengget je.. Ekekeke..
Di sini SUS gunakan eyelet yang ada color.. Eyelet yang bercolor-color ni boleh beli di KEDAI SUS.. Tiny button yang cinonet tu pun ada jual jugak di KEDAI SUS..
Ini la kesem0 keychain nama yang banyak menguji kesabaran SUS untuk menyiapkannya.. Buat sikit-sikit sambil reply order korang.. Sikit-sikit.. Lama-lama jadi bukit.. Betul la kata pepatah tu.. Jangan tak buat langsung.. Memang tak siap la jawabnya.. :P
Untuk gurlz SUS letak rama-rama..
Yang boyz SUS letak button je.. Kalau ada tertype short form tu minta maaf banyak-banyak la yea.. Masih dalam sesi penyesuaian diri.. Biasa la zaman sekarang ni.. Cara menulis/menype telah dipengaruhi dengan gaya kita berSMS.. Sem0nya nak cepat dan pantas.. Tapi cara penulisan SUS tetap dalam keadaan santai.. Tak mau skema-skema.. Tak pandai pun nak tulis dengan gaya bahasa yang betul.. Hahaha..(^_^)v