Happy Tuesday! Adoiii.. Baru hari ni dapat online semula dengan riang gembiranya setelah kabel telefon dicuri oleh mat gian.. SUS nak buat iklan felt craft workshop pun tergendala.. Ish3x.. Untuk workshop pada hari jumaat ini akan diajarkan asas-asas jahitan dalam felt craft.. Kepada yang berminat untuk join workshop ini boleh la mendaftar sekarang dengan membayar deposit sebanyak 50%..
Peserta akan diajar 3 pattern seperti dalam gambar di atas di samping pengenalan kepada asas jahitan dan material & peralatan yang digunakan dalam felt craft ini..
Printed hand out dan sarapan pagi disediakan oleh pihak SUS n d FELT PRODUCT.. Material dan peralatan juga disediakan.. ^_____^
Pattern yang akan diajar adalah keychain love, hair clip bunga dan brooch burung hantu..
TARIKH :
9 Disember 2011
MASA :
9.00 am - 12.30 pm
LOKASI :
Workshop SUS, Kota Bharu, Kelantan
YURAN :
RM80
Untuk download jadual felt craft workshop akan datang boleh klik DI SINI..