PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

02 November 2013

BENGKEL BIG SHOT 26 OKTOBER 2013

 Selamat Hari Sabtu sem0!
Syukur kepada Allah.. Walaupun perot SUS dah memboyot tapi dapat jugak jayakan Bengkel Big Shot Kraftangan Felt pada 26 Oktober 2013 yang lalu.. Terima kasih kepada krew-krew SUS yang membantu untuk jayakan bengkel ini.. Mereka adalah INA, SITI, BELLA dan PAE.. Kalau korang takde mahunya semput SUS masa bengkel tu.. Hahaha..

 Terima kasih juga diucapkan kepada peserta-peserta yang sudi meluangkan masa di hujung munggu untuk join bengkel ini.. Kepada yang tak berkesempatan nak datang tu minta maaf banyak-banyak la.. Sebabnya tahun depan pulak baru SUS adakan bengkel semula.. Selepas SUS habis pantang.. Hehehe.. ^^

 Adik-adik kecil dalam bengkel ni SUS lihat adalah yang paling bersemangat untuk belajar menggunakan mesin Big Shot ni.. Tahniah SUS ucapkan.. Walaupun korang masih sekolah rendah tapi dah berjaya dan pandai hasilkan kraftangan yang kiut-miut.. Kalah dengan akak-akak dan makcik-makcik yang datang..

 Setiap peserta bergilir-gilir merasa menggunakan mesin Big Shot.. SUS sepatutnya bawa 4 biji tapi yang sebiji dah rosak.. Tak sempat siap nak repair.. Huhuhu..

 Sabar yea adik-adik dan akak-akak.. Jangan rebut-rebut.. Masa masih panjang lagi..

 Akak Lily tuuuu.. Khusyuk nampak.. Hehehe.. Kawan SUS yang pandai buat kek dan pelbagai kuih, biskut & pemanis mulut.. Kalau nak tempah boleh la ke FB akak kite ni.. ^^

 Bahan-bahan, peralatan dan tutorial bercetak disediakan sepenuhnya oleh pihak SUS.. Peserta juga boleh bawa balik kesemuanya..

 Peserta yang terawal siap dalam bengkel SUS kali ini.. Akak yang di sebelah kiri tu iaitu Kak Wan jauh datangnya dari KL utk join bengkel SUS ni.. Terima kasih banyak-banyak yea akak.. ^^

 Akak dua orang ni dah biasa sangat join bengkel dan datang ke kedai SUS.. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan yea.. Sayang korang! ^^

 Adik Aisyah yang baru darjah 3 ni memang tak akan lepaskan peluang untuk join bengkel SUS.. Minat sangat dengan kraftangan felt ni.. Terima kasih yea dik..

 Kak Zaidah dengan hasil kerjanya yang telah siap.. ^^

Krew-krew SUS yang mahir lagi terlatih.. Jadi, peserta-peserta tak perlu risau kalau tak dapat tunjuk ajar dari SUS personally.. Mereka ni sem0 SUS dah latih cukup-cukup.. Sampai jumpa lagi..!!

Enjoy!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...