PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

18 January 2013

KEMAH KEMING USTAZ AZHAR IDRUS!

 Salam Sabtu sem0nya!
Disebabkan korang teramat suka dengan tutorial, makanya SUS akan bagi tutorial lagi hari ni.. Hehe.. Hari ni SUS akan ajar bagaimana untuk hasilkan brooch penutup botol.. Memandangkan ramai yang blurr dengan penutup botol yang dijual di e-store SUS ni, terpaksa la merajinkan diri buat tutorial ni.. Cuba la buat keje tu ikhlas sikit.. Ish3x..

Bahan-bahannya seperti berikut :
2. Kertas bercorak atau pun apa sahaja foto kegemaran

Oooopss! Lupa pulak lagi satu bahan adalah stiker epoxy.. Stiker ni akan diberikan sekali kalau korang beli penutup botol..

 Kertas bercorak atau foto hendaklah dipotong bentuk bulat berdiameter 1 inci.. Korang boleh lukis dulu bentuk bulat dengan jangka lukis dan gunting.. Atau pun lekatkan dulu stiker epoxy, kemudian korang potong je mengikut tepi sekeliling stiker epoxy tadi.. Kalau korang ada puncher kertas berbentuk bulat bersaiz 1 inci, boleh la punch je kertas-kertas bercorak atau pun foto.. SUS gunakan puncher kertas je.. Seperti dalam gambar di atas.. Memandangkan SUS ni peminat Ustaz Azhar Idrus, jadi SUS print out gambar beliau dari Google.. Hehehe..


 Setelah siap punch or gunting banyak-banyak kertas bentuk bulat, lekatkan double tape di bahagian belakang kertas tadi.. Ni bukan correction tape yea.. Nanti ada yang silap paham beli correction tape untuk lekatkan kertas ni.. Kebetulan color double tape ni pun color putih jugak.. Hahaha.. ^^

 Chumelnya Ustaz Azhar ni senyum.. ^^ Kalau korang minta orang lain, letak la gambar orang lain.. Contohnya boifren ke.. Gurlfren ke.. Mak ke.. Suami ke.. Skandal ke.. Ekekeke.. Dah lekat double tape tadi, boleh la dilekatkan di bahagian dalam penutup botol seperti ini..

 Ambil pula stiker epoxy dan lekatkan di atas gambar..Fungsi stiker ni adalah untuk memberi efek kilat dan seperti kanta di samping melindungi permukaan kertas..

 Sekarang, ambil pulak brooch pin untuk dilekatkan di bahagian belakang penutup botol.. Gam E6000 perlu digunakan kerana ianya lebih kukuh untuk lekatkan material besi bersama besi..

 Lekatkan brooch pin tadi di bahagian atas untuk elakkan brooch anda nanti kelihatan jatuh ke bawah semasa dipakai.. Seeloknya tunggu gam kering semalaman sebelum brooch yang telah siap digunakan..

 Inilah hasilnya brooch penutup botol yang telah siap.. Memang cantik dan kiut untuk dipakai bersama shawl atau pun dihias pada beg.. Ada 2 jenis penutup botol dijual di e-store SUS.. Ada yg berbentuk leper dan yang 1 lagi berbentuk seperti penutup botol asal..

Selamat Mencuba! Enjoy!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...