PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

18 July 2014

BUKU VARIASI COMELNYA FELT TERHANGAT DI PASARAN!

 Syukur alhamdulillah.. Buku VARIASI COMELNYA FELT dah pun masuk cetakkan ke-2.. Sape-sape yang belum beli tu sila beli sekarang.. Buku ni best sangat tauuuu.. Banyak design, pattern dan teknik yang diajar dalam buku ni.. Harga pun murah RM19.90 jewww.. ^^ Buku ni boleh beli secara online di e-store SUS atau pun di kedai buku berhampiran korang..

 Tengok tu.. Step by step ditunjuk secara jelas dalam buku ni.. Tiada langkah tersembunyi hokeh!

 Setiap gambar ada penerangan yg jelas, terang lagi nyata.. InsyaAllah korang takkan tersesat punyerrr.. Hehehe..

 Pattern/pola juga diberikan.. Gilerr best koooo..

 Dan yang paling best buku ni ditulis oleh SUS sendiri bersama adik kesayangan INA.. Hahahaha.. Memang rugi korang tak beli.. Kitorang memang mencurahkan segala usaha, keringat, idea dan kesungguhan untuk buku ni bagi memberikan tunjuk ajar dalam seni kraf felt ni.. Cuba bayangkan, kitorang dari KB ke KL berkampung seminggu kat sana nak habiskan shooting buku ni.. SUS pulak masih mabuk-mabuk mengandung ngan lidah pahitnya.. Tabah je la dikkk.. Alhamdulillah.. Tak lari schedule kitorang.. So, bajet pun tak burst la.. Tu yang penting.. Muahahaha..

 Buku ni merupakan terbitan Karangkraf.. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada Editor Kanan Puan Elana Khamis dan juga Editor Cik Noorshawati Che Razali.. Jasa kalian takkan kami lupakan..

Stok buku ni sangat limited ngan SUS hokeh! Kalau malas nak cari kat kedai sila cepat-cepat order kat e-store SUS..

Selamar bersahur sem0! Raya dah tak lama lagi nampaknya.. ^_^




29 June 2014

SALAM RAMADHAN!

 Alhamdulillah.. Ramadhan telah pun kembali lagi.. SUS pun nak ambil peluang bulan yang mulia ini utk melipat gandakan amal ibadat.. InsyaAllah.. Aminnn.. SUS pun dah lama tak update blog ni sejak mabuk mengandung hari tu lagi.. Sekarang ni anak-anak SUS dah pun 6 bulan.. LAMA GILERRR!! Hahahaha.. Suka sangat tengok diorang membesar.. Memang agak penat jaga si kembar ni hokeh! SUS tak sempat nak buat keje apa pun.. Sampaikan nak mandi pun tak tenang tauuuu.. Cane-cane pun SUS akan berusaha menghapdet blog ni utk korang sem0 dengan info-info terkini dan permasalahan korang dalam berkraf ni.. 

Ini lah si kembar Muhammad Ammar dan Muhammad Attar.. Time ni dorang baru 13 hari jeww.. Sape-sape yg ada akaun instagram tu boleh search official hashtag #babyAmmarAttar utk tahu perkembangan dorang.. Ekekeke.. Bajet anak retis ada org nak tengok.. Hahahaha.. SUS buat ni utk mudahkan dorang bila dah besar nanti nak tengok gambar sendrik sila search hashtag tu.. Hahahaha..

RM60    RM50
 Kepada korang yg asyik tanya ada buat kelas bunga tangan tu.. Ini makannya.. Silalah dapatkan E-TUTORIAL FELT KRAFT BUNGA TANGAN MEKAR SETAMAN ni di e-store SUS www.susndfeltproduct.com.. E-tutorial ni diilhamkan oleh krafter terkenal Norliza yg merupakan founder SEKOCINORLIE.. Langkah demi langkah yg dipaparkan sangat jelas beserta gambar yg jelas.. Tiada langkah tersembunyi hokeh! Sem0 ditunjuk sebijik-sebijik.. Gerenti jadi punyerrr..

Sekarang ni harga PROMOSI utk 100 orang pelanggan pertama sahaja!! Hanya RM50 jeww.. Harga asal adalah RM60..

 Cantik kan bunga tangan ni?? Boleh korang isi masa lapang korang dengan buat bunga tangan ni.. Masa makan tu apa kata digantikan dengan mengerjakan bunga tangan ni.. Sambil-sambil tu zikir la jugak.. Ekekeke.. Ingatan utk diri sendrik jugak.. ^^

Yg nak kawen tu dan memang suka siapkan sendrik sem0 keperluan tu SUS memang rekomen korang beli e-tutorial ni.. Musti korang puas hati bertemankan bunga tangan hasil tangan sendrik.. Musti rasa bangga je tayang kat cameraman time photo shoot kannn?? Kah3x!!


Selamat berpuasa korang!! ^^




30 November 2013

TAHNIAH KEPADA PEMENANG PHOTO CONTEST 2013!

 Salam Sabtu sem0!
Alhamdulillah kerana pemenang Photo Contest 2013 telah pun diumumkan.. Tahniah diucapkan kepada Kak Ja daripada Jaja Kraf yang telah memenangi hadiah utama berupa mesin Sizzix Big Shot + Set Permulaan yang bernilai RM750.. SUS harap dengan kemenangan ini Kak Ja lebih bersemangat untuk menghasilkan hasil kraftangan yang meletops!

 Tahniah juga SUS ucapkan kepada pemenang 'LIKE' terbanyak yang dimenangi oleh Aimie Hazerin.. Hadiah yang dimenangi oleh Aimie adalah berupa mesin Sizzix SophistiCut.. Hadiah ini telah diputuskan pada saat-saat akhir oleh pengadil-pengadil kerana ingin menghargai para peserta yang begitu gigih mengumpul bilangan 'LIKE' bagi photo mereka.. Semoga kemenangan ini memberi kegembiraan kepada Aimie yang sangat gigih mempromosikan photonya melalui laman sosial Facebook dan Instagram.. ^^

Okiey.. Ini la rupa mesin Sizzix SophistiCut yang dimenangi oleh Aimie.. Mesin ini merupakan produk terbaru keluaran Sizzix.. Designnnya sangat gojes seperti beg tangan gituuu.. SUS pun tangkap leleh tengok mesin ni.. Hehehe..

Bahagian landasannya boleh ditutup dan dibuka bagi memudahkan proses penyimpanan mesin ini.. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mesin ini, SUS akan ceritakan lebih detail pada entry akan datang.. Sebelum tu korang boleh tengok video dahulu bagaimana mesin ini beroperasi berbanding Big Shot.. Klik DI SINI..



06 November 2013

OWLIE BAM2...~~~

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera sem0!
Memandangkan ramai yang minat dan suka dengan owlie bam2 ni.. Kali ni SUS akan story-mory sikit macam mana nak buat owlie ni.. ^^

 Caranya tak susah.. Pattern owlie ni SUS potong menggunakan mesin Sizzix Big Shot bersama Sizzix Bigz Die-Owl.. Jahitan di keliling owlie ni pula SUS gunakan mesin jahit kali ni.. Mesin jahit dah lama beli tapi takde apa-apa projek lagi dibuat dengan mesin jahit tu.. Untuk sesi warm-up SUS buat la owlie ni.. Hahaha..

 Bagi yang takde mesin jahit tak perlu risau kerana korang masih boleh jahit tangan dengan jahitan backstitch atau pun blanket stitch di sekeliling owlie.. Buat macam biasa seperti sebelum-sebelum ni.. Cuma size owlie ni agak besar, senang la sikit nak jahit menggunakan mesin..

 Okiey! Bagi yang masih tak tahu macam mana rupa mesin Sizzix Big Shot boleh la refer gambar di atas.. Di sebelah kiri itulah mesinnya.. Di sebelah kanannya pula adalah dies atau pun mata acuannya untuk memotong pattern owlie..

Setelah sesi warm-up selesai barulah SUS cuba menjahit detail owlie ni untuk mata dan perutnya menggunakan mesin jahit.. Maklum la.. SUS ni jarang guna mesin jahit.. Skill pun kurang.. Muehehe..

 Owlie bam-bam ni SUS letakkan ballchain dan suction cup.. Boleh dijadikan keychain atau gantung pada cermin kereta.. Atau pun cermin tilik.. Atau pun pada sliding door.. Atau pun pada cermin tingkap.. Atau pun pada mana-mana permukaan licin yang boleh dilekatkan suction cup tu.. Hahaha..

Untuk buat owlie ni SUS gunakan felt lembut kecuali hidung dan kakinya SUS gunakan felt keras.. Apa tunggu lagi? Jom! Cuba buat owlie ni jugak.. Bahan-bahannya boleh didapati di e-store SUS.. ^^

Enjoy!

SUPPLIES :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...