PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

18 January 2013

KEMAH KEMING USTAZ AZHAR IDRUS!

 Salam Sabtu sem0nya!
Disebabkan korang teramat suka dengan tutorial, makanya SUS akan bagi tutorial lagi hari ni.. Hehe.. Hari ni SUS akan ajar bagaimana untuk hasilkan brooch penutup botol.. Memandangkan ramai yang blurr dengan penutup botol yang dijual di e-store SUS ni, terpaksa la merajinkan diri buat tutorial ni.. Cuba la buat keje tu ikhlas sikit.. Ish3x..

Bahan-bahannya seperti berikut :
2. Kertas bercorak atau pun apa sahaja foto kegemaran

Oooopss! Lupa pulak lagi satu bahan adalah stiker epoxy.. Stiker ni akan diberikan sekali kalau korang beli penutup botol..

 Kertas bercorak atau foto hendaklah dipotong bentuk bulat berdiameter 1 inci.. Korang boleh lukis dulu bentuk bulat dengan jangka lukis dan gunting.. Atau pun lekatkan dulu stiker epoxy, kemudian korang potong je mengikut tepi sekeliling stiker epoxy tadi.. Kalau korang ada puncher kertas berbentuk bulat bersaiz 1 inci, boleh la punch je kertas-kertas bercorak atau pun foto.. SUS gunakan puncher kertas je.. Seperti dalam gambar di atas.. Memandangkan SUS ni peminat Ustaz Azhar Idrus, jadi SUS print out gambar beliau dari Google.. Hehehe..


 Setelah siap punch or gunting banyak-banyak kertas bentuk bulat, lekatkan double tape di bahagian belakang kertas tadi.. Ni bukan correction tape yea.. Nanti ada yang silap paham beli correction tape untuk lekatkan kertas ni.. Kebetulan color double tape ni pun color putih jugak.. Hahaha.. ^^

 Chumelnya Ustaz Azhar ni senyum.. ^^ Kalau korang minta orang lain, letak la gambar orang lain.. Contohnya boifren ke.. Gurlfren ke.. Mak ke.. Suami ke.. Skandal ke.. Ekekeke.. Dah lekat double tape tadi, boleh la dilekatkan di bahagian dalam penutup botol seperti ini..

 Ambil pula stiker epoxy dan lekatkan di atas gambar..Fungsi stiker ni adalah untuk memberi efek kilat dan seperti kanta di samping melindungi permukaan kertas..

 Sekarang, ambil pulak brooch pin untuk dilekatkan di bahagian belakang penutup botol.. Gam E6000 perlu digunakan kerana ianya lebih kukuh untuk lekatkan material besi bersama besi..

 Lekatkan brooch pin tadi di bahagian atas untuk elakkan brooch anda nanti kelihatan jatuh ke bawah semasa dipakai.. Seeloknya tunggu gam kering semalaman sebelum brooch yang telah siap digunakan..

 Inilah hasilnya brooch penutup botol yang telah siap.. Memang cantik dan kiut untuk dipakai bersama shawl atau pun dihias pada beg.. Ada 2 jenis penutup botol dijual di e-store SUS.. Ada yg berbentuk leper dan yang 1 lagi berbentuk seperti penutup botol asal..

Selamat Mencuba! Enjoy!




16 January 2013

JANUARY FELT KIT 2013

 JANUARY FELT KIT ~ Si Tompok
RM15 / PACK

Assalamualaikum & Selamat Malam Khamis sem0!
Alhamdulillah.. Akhirnya Felt Kit bulan January ini dapat dilancarkan seperti yang dirancang.. Design untuk bulan ini adalah keychain kucing yang diberi nama SI TOMPOK.. Felt Kit bulan ini merupakan hasil kolaborasi  MIEZCRAFTSHOPPE bersama SUS n d FELT PRODUCT.. Design Si Tompok ini adalah hasil rekaan En. Namizam dari Miezcraftshoppe.. Team SUS pula menyumbangkan dari segi penyediaan material..

Bahan-bahan yang terdapat dalam felt kit ini.. Fiber pula korang perlu beli berasingan.. Felt Kit 2013 harganya lebih murah berbanding tahun lepas.. Korang boleh siapkan 2 ekor Si Tompok dengan bahan yang diberikan dalam pack ini..

Color felt yang cantik-cantik juga akan diberikan.. ^^

Tutorial lengkap langkah demi langkah bergambar disertakan sekali bersama pattern Si Tompok.. Sem0nya complete set gitewww.. Gerenti dapat hasilkan 2 ekor Si Tompok yang kiut-miut ni..

Si Tompok bersama kawan-kawannya yang berjaya disiapkan oleh SUS dan INA..

Semoga Felt Kit bulanan tahun 2013 ini terus sukses tanpa ada sedikit sangkut seperti tahun lepas sebab SUS sibuk nak kahwin.. Hahaha.. Korang tunggu apa lagi?? Jom! Dapatkan sekarang sebelum kehabisan stok.. Nanti gigit jari pulak.. ^^



13 January 2013

TUTORIAL BROOCH BOW

Salam Pagi Ahad sem0nya! Alhamdulillah.. Pagi ni SUS akan tunjukkan cara-cara bagaimana untuk menghasilkan brooch bentuk bow yang chumel.. ^^
Mula-mula potongkan bentuk bow seperti dalam gambar di atas menggunakan dies dari MFT Die-namics Beautiful Bows.. Dies ini hendaklah digunakan bersama-sama Big Shot..

 Kemudian ambil felt yang berbentuk seperti dalam gambar di atas untuk dilipat dua dan digamkan pada bahagian tengahnya..

Bahagian pada sebelah lagi juga dilipat dan digamkan pada bahagian tengahnya..

Selepas itu, bow yang telah siap tadi hendaklah ditindankan dengan bahagian ekor bow.. Gamkan sahaja pada bahagian tengahnya..

Begini la hasil bow yang telah siap digam..

Sekarang, korang boleh la mula menghias pada bahagian tengah bow dengan pelbagai eksesori yang menarik..

 Setelah hiasan siap digam, gamkan pula brooch pin di bahagian belakang bow.. Di sini, SUS menggunakan brooch pin bersaiz 2.5 cm..

Brooch bow yang telah siap! Chumel kan?? ^__^

 Ini sebahagian brooch yang berjaya SUS siapkan..

 Korang boleh jugak jadikan bow tadi sebagai penyeri headband kosong.. Headband yang SUS buat ni adalah untuk baby yang baru lahir sehinggalah berumur 2 tahun..

 Apa tunggu lagi? Jom! Buat brooch bow ni banyak-banyak.. Kalau korang berhajat nak buat bisnes pun bagus jugak kerana brooch ini chumel dan mendapat banyak permintaan dari kalangan remaja..

 Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog SUS ini.. Selamat mencuba!!

p/s : SUS nak tidooo.. Post kali ni ditulis pada pukul 1 pagi.. Minta maaf la kalau ayatnya agak mengantuk sikit.. :p


SUPPLIES :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...