PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

27 October 2012

SALAM AIDILADHA

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada sem0!
Alhamdulillah.. Dah hari raya ke-2 pun.. Seronok dapat makan daging segar lagi manis di hari raya ni.. Daging lembu tempatan lagi.. Hehehe.. Macam mana dengan ibadah korban korang? Mesti meriah jugak kan? Dengan beraya di kampung bersama sanak saudara..

Untuk pengetahuan sem0.. Pek permulaan Kraftangan Felt telah pun berada di pasaran sekarang ni.. Jadi, korang boleh la dapatkannya sekarang sebelum kehabisan stok.. Harga pun lebih murah berbanding pek yang dahulu.. Hanya RM49.90 sahaja!!! Pek ni boleh dibeli secara online di e-store SUS atau pun datang beli terus di workshop SUS atau pun di kiosk kat Tesco Kota Bharu..

Dalam pek ini disertakan sekali buku tutorial dengan langkah-langkah bergambar.. Sangat mudah dan senang untuk diikuti oleh semua peringkat umur yang ingin belajar kraf felt ni..

Benang juga ada diberikan sekali.. ^^

Pelbagai jenis button..

Keychain, brooch, hp strap dan brad..

Ini lah bahan-bahan yang terdapat dalam pek ini..

 Dalam pek ini akan diajarkan 5 design seperti dalam gambar di atas.. CUTE kan??!!! Untuk info lanjut dan untuk membeli sila klik DI SINI..

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan sekali lagi.. Sebenonya nak letak gambar ni kat atas sekali.. Nape ntah susah sangat plak hari ni nak alih gambar ni naik atas.. Hahaha.. MISZ LU'LU dan lembu korbannya.. Hahaha..

Enjoy!




15 October 2012

ROTI MENTEGA CHUMEL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera sem0nya!!
Chumel tak roti-roti mentega ni?? SUS dan INA sedang berusaha untuk menambah bilangan roti mentega ni.. Korang berminat tak untuk belajar buat keychain roti mentega ni? Suka tak kalau SUS keluarkan kitnya? ^__-

Untuk buat keychain mentega seperti ini sila gunakan felt jenis keras..

Nampak YUMMY kan???

Mata untuk roti chumel ni SUS gunakan brads bulat hitam size 8 mm..

Untuk pengetahuan korang, buku tutorial pek permulaan kraftangan felt ini telah pun mula dijual.. Harganya hanya RM15 sahaja.. TERMURAH di pasaran!!!

Untuk set peknya pula masih belum ready lagi untuk dijual.. InsyaAllah dijangka dapat dijual dalam masa 2-3 hari lagi.. Kerana ada sesetengah stok barang yang masih belum sampai lagi..

Buku tutorial ini lengkap dengan langkah-langkah bergambar yang jelas dan terang..

Pattern juga diberikan dalam buku tutorial ini.. ^__^

Inilah rupa kotak pek permulaan kraf felt yang baru!!! SUS akan email kepada setiap customer yang berdaftar setelah pek ini mula dijual.. Jadi, daftar la sekarang di website e-store SUS untuk dapatkan info terkini dan promosi yang dijalankan di e-store SUS..

Akhirnya siap pun jadual bertugas di workshop SUS ni.. Terima kasih kepada Cikgu Siti sebab tolong buatkan.. Nak harapkan SUS buat memang lambat sikit la.. Ekekeke.. Jadual bertugas ni dibuat dengan menggunakan felt keras sepenuhnya.. Nak jadikan sekeping tegak macam ni.. Kadbod dibalut dengan felt keseluruhannya.. Huruf-hurufnya pula dipotong dengan menggunakan Big Shot.. Dies yang digunakan pula ialah Die-namics High Rise Alphabet Lowercase dan Memory Box Parker Lower Alphabet..

Anak sheep SUS kali ni juling air sikit.. Hahahaha.. Mata-mata sheep ni SUS gunakan brads bulat hitam size 8 mm dan 5 mm.. Untuk body sheep ni SUS masih gunakan felt lembut untuk nampakkan effect gebu-gebu gituuu.. Yang part lain sem0nya guna felt keras..

Setakat ni sahaja dulu.. Enjoy!!!



11 October 2012

JOM BUAT KAD LAGI...

 Selamat Hari Khamis sem0nya!
Korang sem0 sihat-sihat tak? SUS batuk-batuk la sikit.. Kalau datang membeli di workshop bawakkan la sekali ubat batuk boleh tak? Hehehehe.. Mengada betol!!!
Sekarang ni SUS sangat enjoy cuba-cuba membuat kad ucapan sendiri untuk diberikan kepada kawan-kawan.. Dies yang berlambak-lambak kat workshop ni cuba digunakan sebaik mungkin.. SUS bukan la pakar sangat tapi boleh la sikit-sikit gituuu.. Gunakan bahan apa yang ada sahaja.. Tapi korang pun boleh cuba buat kad jugak.. Kerana ianya lebih istimewa kalau kita buat sendiri untuk diberikan kepada orang tersayang.. ^__-


Untuk siapkan kad ini SUS gunakan Dies Memory Box Vivienne Butterfly dan Dies Memory Box Darla Butterfly untuk buat bentuk rama-rama tersebut..

Huruf ni pulak SUS gunakan Dies Memory Box Classic Lower Alphabet.. Kad ni SUS buat khas untuk co-crafter SUS dari Aisyah Creative Studio.. ^__-

Kad yang cantik ni pulak semestinya bukan SUS yang buat.. Hahaha.. Kad ini adalah dari Miezcraftshoppe.. Untuk daun yang beralun cantik tuuu En. Namizam telah menggunakan Die-namics Vine Border.. Untuk belajar buat kad dengan cara yang betul korang boleh la contact beliau..^__-

Yang ini pulak 1st time SUS hiaskan sebuah buku.. Nasib baik jadi.. Hahaha.. Cikgu Siti telah meng'request' untuk SUS hiaskan buku nota ni.. Nak buat diary katanya..

 Diary ni pulak nak ada tajuk 'My Heart'..

 Bentuk love ini SUS gunakan Die-namics Heart a Plenty..

Untuk bunga yang tecik-tecik ni SUS gunakan pulak Dies Memory Box Fancy Blossoms..
Alhamdulillah kerana Cikgu Siti sukakannya.. Terima kasih yea Cikgu Siti kerana telah membuatkan SUS berhempas pulas mengeluarkan idea.. Hahaha..

Mungkin korang di luar sana yang merupakan crafter felt yang tegar tak perasan yang dies ni banyak kegunaannya.. Bukan sahaja boleh potong felt, tapi boleh potong macam-macam lagi seperti kertas, plastik nipis, aluminium nipis, dan gabus nipis.. Gunakan sahaja daya imaginasi korang yang tinggi untuk hasilkan sesuatu luar biasa..

Enjoy!


10 October 2012

AKTIVITI TERKINI LAGI SENSASI ^__-

Selamat Hari Rabu sem0!
Dah hari Rabu pun hari ni.. Hari Rabu ada pasar malam kat rumah SUS.. Hahaha.. Sekarang ni SUS ada banyak buat baby headband je.. Sem0nya adalah untuk jualan secara offline.. Untuk online pula baru mula nak bergerak sikit-sikit.. DHIA HEADBAND telah pun mula dijual.. Kalau berminat boleh ke e-store SUS..

Ramai yang suka bertanya pada SUS nak guna felt jenis apa.. Kalau korang perasan, setiap entry SUS di blog ni SUS akan nyatakan felt jenis apa yang digunakan.. SUS harap ianya dapat membantu korang serba sedikit untuk memilih felt yang sesuai dengan kegunaan korang..

Yang ini adalah ERYNA HEADBAND.. Jualan borong untuk headband ini akan dibuka tidak lama lagi.. Bunga headband ni SUS gunakan felt keras.. Felt lembut juga boleh digunakan.. Tapi SUS lebih suka gunakan felt keras kerana pilihan warna yang lebih banyak..

QISYA HEADBAND ini pula SUS gunakan felt lembut.. Cantikkan warna pink ni?? Code color pink ni adalah Y03.. ^__-

Ni keychain kembar baby perempuan dan baby lelaki.. Untuk hasilkan keychain seperti ini SUS gunakan felt keras.. Button yang kecik-kecik tu SUS gunakan Tiny Mixed Button..

Baby lelaki..

Baby perempuan..

Hahahaha.. Sheep yang seperti lion.. Ramai kawan-kawan SUS sudah konpius dengan ini sheep.. Ramai yang cakap ni lion!!! Huhuhu.. Takpe-takpe.. Pembaikpulihan akan dilakukan.. Rama-rama kat sebelah tu masih tak siap-siap lagi badannya.. Adehhh!! Kalau korang nak buat rama-rama seperti ini boleh dapatkan July Felt Kit..

Ini merupakan sheep yang telah menjalani pembedahan plastik.. Camne? Korang rasa ok tak? Kalau tak ok SUS akan bawak sheep ni ke hospital lagi.. Wawawa.. Untuk body sheep ni SUS gunakan felt lembut.. Muka, kaki dan telinga pulak felt keras.. Matanya pulak guna Brads 8 mm.. Ribbon pulak jenis Pretty Blooms Grosgrain Ribbon.. Split ring pulak size 25 mm.. Button love yang tomey-tomey pula klik DI SINI.. ^__-

Hehehehe.. Yang ni pulak adalah projek kawen SUS.. Bukan untuk dijual yea.. SUS akan update kemudian pulak pasal mende ni.. Syhhhh..... Senyap-senyap dulu eh.. ^^

Tarraaaaaa!!!! SUS tau ramai yang dah tak sabar dengan pek permulaan kraf felt ni.. Sabar yea.. Sebab MR. ALIF tak buat delivery lagi.. InsyaAllah dalam masa seminggu lagi pek ini akan mula dijual.. Harganya pun masih RAHSIA lagiiii!!!!

Enjoy!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...